Mengguris, menghiris hati pada luka yang sama.
Menambah aliran air garam pada luka yang segar.
Hamba terkedu menahan isak.
Memaksa diri mencari alasan memenangkan dia.
Dalam isak cuba memujuk diri, "bersabarlah."
"Biarkanlah luka itu makin dalam, semakin dalam sakitnya makin hilang."
Hati menunduk, patuh dengan ajakan itu.
Benar, di neraka sana daging yang terbakar dipulih kembali,
sebelum dibakar lagi.
Kerana luka pertama itu yang menyiat.
di lapisan lebih dalam, sakitnya kurang terasa!"
Hati menunduk, patuh dengan ajakan itu.
Benar, di neraka sana daging yang terbakar dipulih kembali,
sebelum dibakar lagi.
Kerana luka pertama itu yang menyiat.
di lapisan lebih dalam, sakitnya kurang terasa!"
Ironis, gagal meraih dia, hamba menangis.
Gagal pula menangis apabila zikrullah tidak bertemu jiwa!
Lalu tangisan itu hamba tukarkan, agar menjadi penyelamat di hari perhitungan.
Hamba berseru, "pandanglah hamba, wahai Tuhan...
hamba ini hambaMu. Cintailah hamba, wahai Tuhan...
hamba ini milikMu, lembutkanlah hatiku dalam memujaMu.
Berikan hamba hati yang baru.
Hati itu penuh kelupaan wahai Tuhan.
Hati itu hati yang selingkuh!"
Dengan luka yang semakin dalam setiap hari, hamba tetap bermohon.
Limpahkan rahmat dan kasihMu padanya.
Dia yang mencarik hati hambaMu.
Namun takdir itu ketentuanMu.
Menyalahkan bererti menyalahkanMu.
Semoga dia yang pernah memanggilku ''hatinya''...
...ditemukan bidadari dunia
Menjadi ketua bidadarinya di syurgaMu.
sekiranya ini tidak baik bagiku, jadikanlah aku lupa.
Gantikanlah dengan ketentuanMu.
Jadikan aku redha dengan setiap takdirMu.
Namun jika sekiranya ia baik bagiku, permudahkanlah.
Amin, ya rabb ♥
(◕︵◕)
No comments:
Post a Comment